Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah Selangorku Idaman
Jawapan:  

  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Permohonan Rumah Jenis C: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM10,000.00;
  • Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih 
    SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk
    memohon Rumah Selangorku

Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan rumah Selangorku Idaman
Jawapan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  • Penyata KWSP ( boleh di dapati melalui laman sesawang KWSP https://www.kwsp.gov.my/ )
  • Salinan Penyata CCRIS ( boleh dapati melalui laman sesawang CTOS https://ctoscredit.com.my/ atau CCRIS https://eccris.bnm.gov.my/)
  • Pendapatan

    (i) Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
    (ii) Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;

Kenapa permohonan Rumah Selangorku saya berstatus ‘SENARAI MENUNGGU’ ?
Jawapan:

  • Pemohon dalam status ‘SENARAI MENUNGGU’ bermaksud pemohon dalam proses Pra-Tawar namun tertakluk kepada kriteria
    dan syarat kelayakan pemohon, jumlah permintaan daripada pemohon, stok unit rumah yang ada boleh ditawarkan dan sebagainya
    yang mempengaruhi proses penawaran dan kelayakan pemohon. Kebiasaanya, pendaftaran permohonan yang direkod dalam sistem
    di LPHS melebihi daripada jumlah stok unit yang boleh ditawarkan kepada pemohon dan perlu menunggu sehingga terdapat kekosongan
    unit.
  • Boleh berhubung terus dengan Ajen-ajen kami untuk bantu bagi status  “SENARAI MENUNGGU”.

Adakah permohonan saya disenarai hitam sekiranya saya menolak tawaran Rumah Selangorku yang ditawarkan?
Jawapan:

  • Pemohon yang menolak tawaran akan menyebabkan nama pemohon disenarai hitamkan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku
    selama tempoh 2 tahun.

KLIK Mohon sekarang, ajen-ajen kami akan bantu anda untuk memiliki rumah selangorku idaman

error: Content is protected !!