SKIM RUMAH SELANGORKU
Rumah Selangorku adalah inisiatif dari kerajaan negeri Selangor untuk menyediakan perumahan mampu milik kepada warga Selangor yang layak. Dengan adanya skim perumahan khas ini ia sedikit sebanyak dapat membantu rakyat Selangor untuk memiliki rumah idaman mereka. Selain itu juga Rumah Selangorku ini juga direka untuk menyokong golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana di Selangor. Oleh itu beberapa syarat perlu di penuhi bagi memilik Rumah Idaman Selangorku.
- Berumur lebih dari 18 tahun
- Warganegara Malaysia
- Penduduk Selangor
- Belum lagi memiliki hartanah
- Pendapatan isi rumah maksimum sebanyak RM14,000
- Satu permohonan Rumah Selangorku saja untuk setiap isi rumah
- Pemohon perseorangan dengan tanggungan boleh memohon
HARGA RUMAH
Rumah Idaman Selangor di tawarkan pada harga mampu milik iaitu RM250,000
KEMUDAHAN DAN KELENGKAPAN
Setiap unit Rumah Idaman Selangor mempunyai tiga bilik dan dua bilik air, berukuran lebih kurang 1,000 kaki persegi bersama dua parkir kenderaan.
Ia turut disertakan dengan kelengkapan berikut;
- 1 unit televisyen beserta kabinet televisyen
- 1 unit peti sejuk
- Sebuah kabinet dapur
- 3 unit penyaman udara
- 2 unit pemanas air dalam setiap bilik air
- 3 buah almari pakaian disetiap bilik tidur